Sponsors

Header Ads

Benarkah Lim Guan Eng Keterlaluan Mentafsir Semangat Malaysia Baru?

Kami terkejut dengan sikap beliau  dalam isu bahasa yang tidak pernah dibangkit oleh pimpinan kerajaan yang lain sebelum ini.

Kenyataan Media Teras

25 hb Jun 2018

Lim Guan Eng Salah mempertahankan Kenyataan Dalam Bahasa Mandarin.

Kami membantah kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa dia akan meneruskan mengeluar kenyataan media utama kementerian kewangan dalam bahasa Mandarin.

Konsep multilingualism yang beliau nyatakan itu  tidak menjadi dasar dinegara ini.

Bahasa Melayu ( BM ) sebagai bahasa Kebangsaan adalah dasar dan ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memang bahasa etnik lain tidak di larang malah diberi ruang utk diguna, tetapi BM adalah bahasa resmi kerajaan dalam semua urusan. 

Untuk Guan Eng beralasan ini adalah Malaysia Baharu ternyata beliau melampaui semangat  yang diidamkan oleh rakyat dalam PRU 14.

Kami melihat sikap Guan Eng adalah keterlaluan dalam mentafsir semangat Malaysia Baharu.

Kami terkejut dengan sikap beliau  dalam isu bahasa yang tidak pernah dibangkit oleh pimpinan kerajaan yang lain sebelum ini.

Isu bahasa telah membawa rakyat berdemonstrasi di jalanraya beberapa kali dalam sejarah negara. Kami ingatkan , jangan kerajaan baru yang memerintah kali ini mencetuskan kebangkitan rakyat untuk memastikan agenda bahasa kebangsaan didaulatkan.

Kemahuan rakyat ialah membangunkan negara dengan identiti nasional dalam kerangka bahasa kebangsaan yang disepakati bersama berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Kami mengesa agar Perdana Menteri menegur sikap Guan Eng agar beliau akur kpd kemahuan majoriti rakyat iaitu  mendaulatkan BM.

Mohd Azmi Abdul Hamid 
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras)

Post a Comment

0 Comments