Sponsors

Header Ads

Benarkah Dr M Akan Beri Lesen Judi Kepada Vincent Tan?

...Difahamkan Vincent Tan sudah menanggung dan menganjurkan sambutan harijadi Dr Mahathir setiap tahun sejak persaraan bekas perdana menteri itu...

MAHATHIR, MAHATHIR, LEBIH LAMA, LEBIH BYK KERAKUSAN REBUT KEKAYAAN RAKYAT AKAN DIDEDAHKAN! 


Pada September 2003, sebulan sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri, kerajaan dipimpinnya secara senyap dan melalui penganugerahan secara terus lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan, Vincent Tan pada kadar bayaran lesen RM25 juta sahaja.

(Pada masa yang sama, kerajaan yang masih lagi di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir turut menganugerahkan lesen bagi 420 mesin judi slot bernilai jutaaan ringgit kepada pusat peranginan Bukit Tinggi milik Vincent Tan). http://mynation.my/wp-content/uploads/2015/12/WSJ-Gambling-License.png

Pada 2004: Kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantung lesen pertaruhan sukan milik Vincent Tan.

2009: Dr Mahathir berjaya memaksa Abdullah untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Jun 2010: Vincent Tan melepaskan 70 peratus pegangannya dalam lesen perjudian Ascot Sports kepada Berjaya, syarikat senaraian awam miliknya pada harga RM525 juta, melalui urusan yang menilai lesen pertaruhan sukan itu pada RM750 juta.

Walaupun pada nilai RM750 juta ini, ia di bawah nilai kerana pasaran pertaruhan sukan di Malaysia diunjurkan bernilai hingga RM20 bilion pada tahun 2010.

Jun 2010: Datuk Seri Najib Razak menggantung lesen pertaruhan sukan dan bertegas enggan membenarkan ia beroperasi.

23 Jun 2010: Dr Mahathir secara terbuka mengumumkan jika beliau masih lagi Perdana Menteri, beliau akan melulus dan membenarkan lesen pertaruhan sukan diberikan kepada Vincent Tan dan mengizinkan ia beroperasi memandangkan beliau tidak melihat sebarang masalah terhadapnya. http://mynation.my/wp-content/uploads/2015/12/image-1.jpeg

"Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan. Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya pada Jun 2010.

Julai 2015: Vincent Tan menanggung dan menganjurkan parti sambutan harijadi ke-90 Dr Mahathir bertemakan SkyFall dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.

Difahamkan, Vincent Tan sudah menanggung dan menganjurkan sambutan harijadi Dr Mahathir setiap tahun sejak persaraan bekas perdana menteri itu.

Bagi mengelakkan kesangsian, saya adalah penyokong bagi membenarkan pertaruhan sukan di Malaysia bagi mencegah bookie haram dan membolehkan kerajaan mengutip hasil daripada cukai industri itu.

Namun, saya percaya adalah salah untuk menganugerah dan secara senyap memberikan lesen tanpa tender terbuka pada harga RM25 juta walhal pada tahun berikutnya, ia dinilai pada harga RM750 juta.

Saya percaya harga yang lebih munasabah sepatutnya dibayar kepada kerajaan untuk lesen ini.





Oleh Lim Sian See,

Kredit: Wakeup Malaya

Post a Comment

0 Comments